Apa erti hibah?
Hibah ialah hadiah. Ini maksud yang simple dan mudah difahami. Hibah merupakan hadiah yang anda sediakan semasa anda hidup untuk diberikan kepada mereka yang tertentu selepas anda meninggal dunia.
Semasa anda membuat hibah, anda telah menamakan mereka yang tertentu, kebiasaannya ahli keluarga terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibubapa anda untuk menerima hadiah anda. Hadiah dalam konsep takaful adalah hadiah dalam bentuk wang ringgit. Hibah dalam bentuk tunai.
Apa erti takaful?
Definisi takaful adalah saling menjamin atau saling membantu. Menjamin dan membantu melalui perkongsian. Ringkasnya, konsep takaful adalah perkongsian dana daripada mereka yang menyertai sesuatu pelan takaful.
Sebagai contoh, Individu A, B, C dan D berkongsi dana dalam satu pelan takaful. Ditakdirkan suatu masa, Individu B telah mengalami musibah kemalangan yang membawa kepada kematiannya. Oleh itu, manfaat takaful daripada hasil perkongsian dana oleh individu yang lain akan diberikan kepada Individu B.
Hakikatnya...Selepas Anda Meninggal Dunia, Mereka Yang Telah Anda Tinggalkan, Masih Memerlukan 3 Perbelanjaan Utama Untuk Teruskan Kehidupan.
Perbelanjaan Tempat Tinggal
Perbelanjaan Makanan dan Keperluan
Perbelanjaan Pendidikan
Anda renungkan sejenak..
Jika anda tinggalkan keluarga 3 hari, anda akan berikan duit belanja untuk 3 hari. Jika 1 minggu, duit yang ditinggalkan juga, cukup untuk 1 minggu.
Tapi bagaimana, jika anda ditakdirkan tinggalkan keluarga anda buat selama-lamanya tanpa anda jangka bila masanya?
Percayalah.. jika anda seorang bapa,
Anak-anak anda tidak menyesal, anda telah mengadakan hibah sesuatu atau wang ringgit buat mereka setelah anda telah tiada.
Juga...isteri anda tidak menyesal, anda mengadakan hibah sesuatu atau wang ringgit buat dirinya dan anak-anaknya.
Percayalah.. jika anda seorang anak,
Ibubapa anda berasa bangga mempunyai anak seperti anda, kerana anda telah berjaya memberikan mereka sesuatu yang bernilai untuk mereka gunakan walaupun setelah anda telah tiada.
Sedikit sebanyak manfaat hibah yang anda berikan, dapat membahagiakan dan membuatkan hidup mereka lebih bermakna.
Apa maksud hibah takaful?
Hibah takaful adalah manfaat takaful. Hibah takaful merupakan kebaikan takaful. Jika anda mempunyai hasrat untuk menjaga kelangsungan hidup ahli keluarga anda, apabila anda sudah tiada nanti, hibah takaful adalah langkah paling sesuai untuk anda miliki sekarang.
Manfaat dan kebaikan takaful ini akan disediakan apabila telah berlaku kematian seseorang yang telah membuat hibah takaful semasa dirinya masih hidup.
Bagaimana hibah takaful dapat menjaga keluarga anda?
Sebagai contoh, anda dengan bijak mengambil hibah takaful yang bernilai RM250 ribu untuk ahli keluarga anda. Selepas anda meninggal dunia, ahli keluarga anda akan membuat tuntutan hibah takaful melalui agen hibah takaful yang anda telah lantik. Dalam masa kurang 2 minggu, RM250 ribu tersebut akan diserahkan kepada ahli keluarga anda atau pada penama yang telah anda tentukan.
Maka, ahli keluarga anda mampu meneruskan hidup dalam keadaan yang lebih terjamin walaupun anda telah tiada. Sekurang-kurangnya, perbelanjaan makan dan minum, perbelanjaan tempat tinggal dan perbelanjaan pendidikan terjaga kerana anda bijak menyediakan hibah takaful semasa anda masih hidup.
Ini lah antara manfaat utama dan kebaikan takaful yang disediakan untuk keluarga apabila telah berlaku kematian seseorang yang telah membuat hibah takaful semasa dirinya masih hidup.
Siapakah yang boleh membuat hibah takaful?
Hibah takaful boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Tiada syarat-syarat tertentu sebagaimana syarat permohonan untuk kad perubatan takaful.
Hibah takaful boleh dimiliki dan memang mampu dimiliki seawal usia 19 tahun sehinggalah lanjut usia.
Hibah tidaklah menjamin kesenangan yang berpanjangan.
namun, hibah bertujuan untuk menjamin kelangsungan kewangan keluarga, pendidikan anak-anak, kesihatan dan keperluan ahli keluarga tersayang yang anda tinggalkan.
Namun, tahukah anda, mereka di bawah ini tidak layak untuk membuat hibah takaful.
Mereka yang telah sakit.
Mereka yang obesiti.
Mereka yang berwarga emas.
Mereka yang pernah ditolak permohonan hibah takaful sebelum ini.
Tapi itu dahulu...
Kini, dengan pelan hibah takaful terbaik ini, sesiapa sahaja boleh mempunyai hibah takaful.
Hibah takaful terbaik ini, kini boleh dimiliki oleh semua termasuklah mereka yang telah sakit (apa sahaja penyakit), mereka yang obesiti, mereka yang berwarga emas dan juga mereka yang ditolak permohonan hibah takaful sebelum ini atas sebab-sebab tertentu.
KETAHUI dan DAPATKAN pelan hibah terbaik ini untuk anda, demi mereka yang tersayang
Pelan hibah yang layak anda miliki, walaupun anda telah mempunyai penyakit atau masalah lain.
anda mungkin tidak akan jumpa pelan hibah terbaik seperti ini lagi, jika anda lepaskan peluang ini.